5 Kesalahan Mengajar Alif Ba Ta

Jom kita semak apakah kesalahan yang biasa ibu ayah terlupa semasa mengajar anak mula mengenal huruf hijaiyah atau alif ba ta.

Fokus Baris Dulu, Tetapi Lupa Ajar Kenal Nama Huruf

 

Tidak menjadi kesalahan bagi ibu ayah yang hendak menggunakan kaedah iqra’ untuk mengajar kerana kaedah iqra’ ini juga membantu memudahkan proses anak mengaji dengan cepat. Tetapi ibu ayah selalu terlupa untuk mengajar mereka mengenal bunyi huruf tersebut secara serentak. Dan kemungkinan besar, mereka mudah keliru semasa membaca al-Quran nanti. Kebanyakan anak yang sudah biasa dengan kaedah iqra akan membaca [aa, laa, maa] sedangkan bacaan yang betul adalah [ alif lam mim]. 

 

Inilah yang membezakan cara ibu ayah mengajar alif ba ta dengan membaca atau ABC. Ia lebih kepada gabungan bunyi huruf dan tiada makhraj huruf (cara membunyikan huruf) yang perlu ditekankan untuk membaca. Tetapi di dalam al-Quran, banyak surah dimulai dengan huruf dan perlu kepada bunyi huruf tersebut malah terdapat hukum tajwid (panjang-pendek bacaan) perlu dibaca dengan tepat bersama huruf tadi.

 

Walaubagaimanapun, jika mereka masih kecil dan pelat, abaikan dulu pada kesalahan bunyi. Tetapi kita perlu ulang dan ulang supaya mereka dapat mengasah lidah untuk menyebutnya dengan betul. Berlapang dada. Asalkan ada bunyi sudah memadai. Tetapi apa yang menarik sumber dari Pn Lina Karim, mengatakan bahawa bunyi huruf al-Quran ini mampu mengurangkan pelat anak. Jom cuba!

 

Masa yang lama

Hadkan masa cukup sekadar 3-5 minit sekali sesi bermain tetapi kerap bagi memastikan mereka ingat dan tidak mudah lupa. Had masa bagi anak lelaki dan perempuan juga berbeza terutama anak usia 4-5 tahun. Anggaran had masa bagi anak lelaki adalah 3 minit manakala anak perempuan 5 minit. Dan pastikan berhenti sebelum mereka menunjukkan perasaan yang jemu atau bosan. Ini kerana cara begini mampu memberi mereka semangat untuk bermain lagi malah tidak sabar untuk menanti permainan yang baru! 

 

Terlampau serius semasa mengajar

Dunia anak yang berumur dari bayi hingga 6 tahun adalah bermain. Sebagai ibu ayah, kita tidak perlu terlampau memaksa mereka untuk belajar secara serius. Kerana mereka punya masa yang lebih panjang lagi untuk menghabiskan usia mereka dengan belajar selepas ini. Ada baiknya, usia awal sebegini dibiarkan sahaja mereka bermain.

 

Jadi dengan bermain mereka mudah untuk belajar! Antara aktiviti bermain adalah:

  1. “Matching” huruf dengan alat bantu yang lain
  2. Bermain teka teki bunyi
  3. Puzzle game alif ba ta atau hijaiyah

Kami mencadangkan bagi pendedahan awal, kita boleh lakukan melalui deria pendengaran dan deria penglihatan. Biasakan mereka mendengar nasyid alif ba ta atau audio dan melihat flash card yang kita ulang selalu. Kerana pada usia yang masih belum bercakap, mereka masih tiada kemampuan untuk menyebut. Kita boleh mula mengajar kenal huruf dan mengaji kepada anak ketika berusia 2 tahun. Bermula dengan bermian Flash card.

 

Mengajar mengaji menggunakan tablet tanpa pantauan

Dalam dunia yang serba moden, banyak aplikasi yang membantu untuk anak membaca dan mengenal alif ba ta. Jadi ibu ayah cenderung untuk menggunakan gajet seperti tablet, laptop, telefon, ipad untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Tetapi malangnya, pendedahan ini diberi tanpa pantauan dan memberi impak negatif kepada anak terutamanya mengganggu daya fokus dan tumpuan anak semasa menggunakan buku atau alat bantu mengajar yang lain. Kurang minat kepada buku, lambat bercakap, gangguan mental (ADHD), kemurungan, aggresif adalah kesan kepada penggunaan gajet yang tidak terkawal.

 

Mudah Marah

Tidak dinafikan ibu ayah tidak terlepas daripada memarahi anak. Tetapi kita cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perkara ini berlaku terutamanya ketika ingin mengajar anak mengaji. Mengajar anak kecil sememangnya tidak sama dengan mengajar kanak-kanak yang sudah besar.

Dengan komitmen ibu ayah yang semakin banyak, kadang-kadang emosi juga terganggu.

Jadi, berhati-hati lah bila kita memarahi anak, ataupun ketika kita hilang sabar terhadap anak-anak kita. Antara perkara untuk mengelakkan situasi ini berlaku adalah dengan memastikan ibu ayah telah berada dalam kondisi yang tenang dan emosi yang stabil. Oleh itu, kita boleh fokus pada anak dan dapat memaksimumkan masa dengan lebih bermakna.

 

Kita tidak akan mampu ajar anak al-Quran tanpa pertolongan-Nya. 

Berdoalah , andai kita buat salah mohon maaf pada Allah dan pada anak kita.

 

Jangan lupa like dan share artikel ini supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya. Terima kasih 

‘Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old’.

Dr Robert Titzer
Share on facebook
Facebook
Leave a Reply

Shah Alam, Selangor.

mybbcanread@gmail.com

+6019 317 6144

ABOUT US

Welcome to My Baby Can Read (MBCR), while still a small company, is a professional manufacturer of felt fabric toys and best supplier for special need toys.

MBCR aims to provide effective, appropriate, motivating and FUN learning.

© 2020 My Baby Can Read. All Rights Reserved.

Shopping cart

0

No products in the cart.