Cara Ajar anak kenal Hijaiyiah

Posted by Mybb 15/09/2014 3 Comment(s) New Products,

Cara Ajar anak kenal Hijaiyiah

Perkongsian daripada Puan Sarah Ibrahim

Bahan:

1. DIY Alphabet Board

2. Flashcards

Arahan:

1. Board yang digunakan adalah kotak frame yang digunakan semula.

 

2. Tampal kertas-kertas warna dan tulis huruf satu persatu. Akhir sekali, saya tutup semua huruf dengan selotape besar supaya kalis air dan tidak boleh dikoyakkan.

 

3. Flashcard pula adalah poster besar huruf hijaiyah yang saya beli di kedai. Saya potong ikut huruf, lubangkan di hujung atas belah kanan dan pasang ring. (Modal di bawah RM5 sahaja)

 

Cara guna:

 

Tunjuk dan sebutkan huruf pada flashcard dan minta anak carikan di board. Bila sudah jumpa, tanya semula itu huruf apa.

 

Buat setiap hari. InshaAllah lagi cepat ingat dari guna flashcard sahaja tanpa board. Kadang2 anak sendiri yang ambil flashcard tu dan cari huruf sendiri di board.

 

Selamat Mencuba